KUNJUNGAN HORMAT & SESI PENANDAARASAN PENGURUSAN RISIKO

[ KUNJUNGAN HORMAT & SESI PENANDAARASAN PENGURUSAN RISIKO ]
.
22 Julai 2026 – Jabatan Pengurusan Risiko Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad telah mengadakan Kunjungan Hormat dan Sesi Penanda aras Pengurusan Risiko bersama Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
.
Delegasi Koop Sahabat telah diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi (COO), En. Mohd Suhairy bin Mat Sari bersama Pengurus Besar, Pn. Hajah Hayati binti Asmari, Pn. Nor Aziah binti Mokmin, serta wakil dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Pengurusan Risiko.
.
Delegasi LTAT pula diketuai oleh Puan Azleen binti Ismail, Senior Director, Head of Risk Management & Compliance, bersama barisan pegawai LTAT.
.
Sesi ini bertujuan untuk membincangkan sistem pengurusan risiko secara lebih menyeluruh, di samping berkongsi amalan terbaik, bertukar pandangan serta memperkukuh kerjasama strategik dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan pengurusan risiko dan tadbir urus organisasi.
.
Semoga kunjungan hormat dan sesi penanda aras ini dapat mengeratkan hubungan strategik antara Koop Sahabat dan LTAT serta menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam memperkukuh pengurusan risiko yang mampan demi menyokong pencapaian matlamat dan kecemerlangan organisasi.
.
 

Loading

Kongsi Blog Ini:

Follow Us: