Sahabat Ikhtiar Trading Sdn. Bhd. (SITSB) ditubuhkan pada April 2015 dan pada peringkat awal penubuhannya, ia memfokuskan kepada perniagaan emas melalui penyertaan dalam lelongan barang kemas , penjualan wafer emas dan emas preloved. Kini, SITSB berfungsi sebagai special purpose vehicle ( SPV ) dengan matlamat untuk memposisikan SITSB sebagai entity IPO-ready. Perniagaan pajak gadai Islam Koop Sahabat iaitu Sahabat ArRahnu kini dijadikan perniagaan teras SITSB. Melalui potensi besar perniagaan perkhidmatan kewangan yang ditawarkan oleh 50 cawangan Sahabat ArRahnu di seluruh Malaysia yang disasarkan menjelang akhir 2026, SITSB diyakini akan memberikan pulangan yang mampan melalui operasi berskala lebih besar serta tadbir urus profesional dan patuh syariah.