Manual Identiti Korporat

Manual Identiti Korporat Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad — Edisi 1, 2025

Manual Identiti Korporat Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad — Edisi 1, 2025 disediakan sebagai panduan rasmi dalam penerapan elemen identiti korporat di semua peringkat organisasi.

Manual ini bertujuan memastikan keseragaman penggunaan elemen visual dan komunikasi korporat, di samping memperkukuh imej, penjenamaan serta profesionalisme Koop Sahabat dalam setiap aspek penyampaian perkhidmatan.

Dokumen rujukan ini juga berperanan sebagai garis panduan kepada semua warga Koop Sahabat dan pihak berkaitan bagi memastikan identiti korporat Koop Sahabat digunakan secara konsisten, tepat dan berintegriti, selaras dengan nilai serta aspirasi organisasi.

Manual ini turut merangkumi panduan penggunaan logo, warna rasmi, tipografi, dan elemen reka bentuk yang membentuk identiti visual Koop Sahabat secara menyeluruh.

[Muat Turun Manual Identiti Korporat — Edisi 1, 2025]

Follow Us: