KOOP SAHABAT DIIKTIRAF SEBAGAI BEST NON-BANKING FINANCIAL INSTITUTION – BEST ISLAMIC FINANCIAL COOPERATIVE

Koop Sahabat sekali lagi mengharumkan nama di peringkat antarabangsa apabila menerima anugerah Global Islamic Finance Awards 2025 Best Non-Banking Financial Institution – Best Islamic Financial Cooperative (Global, Malaysia & South Asia) dalam majlis Global Islamic Finance Awards (IFA2025) yang diadakan secara maya melalui aplikasi Zoom.
.
Anugerah ini telah diterima oleh Bendahari Lembaga, En. NorSharizal bin Mashahrin dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tn. Haji Mazri bin Mahmood.
.
Pengiktirafan ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian cemerlang Koop Sahabat di arena global, malah memperkukuh komitmen kami terhadap kecemerlangan, integriti dan prinsip kewangan Islam yang menjadi teras operasi kami.
.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua anggota, Anggota Lembaga dan pihak berkepentingan atas sokongan yang tidak pernah luntur. Semoga misi Koop Sahabat untuk menjadi koperasi bertaraf dunia yang cemerlang, komited dan berdaya saing sebagai wadah pembangunan ekonomi ummah terus direalisasikan.
.

Loading

Share This Blog:

Follow Us: