PROGRAM KS KENYALANG FUN RUN 2025 – MIRI, SARAWAK

[KS KENYALANG FUN RUN & PRA PELANCARAN SAHABAT BRAND]
.
5 Oktober 2025 – Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad telah menganjurkan KS Kenyalang Fun Run 2025 serta Pra Pelancaran Sahabat Brand yang berlangsung di Marina Park City, Miri, Sarawak.
.
Majlis dirasmikan oleh En. Mohd Fadzli bin Mat Lahim, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan. Turut hadir, Cik Norfaizah binti Manjah, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Sarawak; Encik Roslan bin Pakon, Pengarah Bahagian Operasi Sarawak; Pn. Masni binti Rahman dan Pn. Balkis binti Sharani, Anggota Lembaga Sarawak. Hadir sama, Kakitangan AIM Sarawak, Anggota Lembaga, barisan Pengurusan Tertinggi, para Perwakilan serta Sahabat semenanjung dan borneo.
.
Pra Pelancaran Sahabat Brand untuk memperkasa dan memperluas pasaran produk usahawan anggota di bawah naungan Koop Sahabat melalui pendekatan penjenamaan, pengedaran dan pengurusan jualan yang lebih sistematik.
.
Acara ini berjaya menarik lebih 1,000 peserta berdaftar yang bersaing dalam 5 kategori Kenyalang Fun Run. Anggota Sahabat juga tidak melepaskan peluang untuk turut serta memeriahkan larian ini.
.
Program berjalan dengan lancar dan meriah. Terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian, dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.
.
Dilampirkan link gambar di google drive.
.

Loading

Share This Blog:

Follow Us: