PROJEK PEMBANGUNAN KOOP SAHABAT DIIKTIRAF DI PERINGKAT GLOBAL

PROJEK PEMBANGUNAN KOOP SAHABAT DIIKTIRAF DI PERINGKAT GLOBAL
 
Alhamdulillah, satu lagi pencapaian membanggakan buat Koop Sahabat! Projek pembangunan Hotel Fairfield by Marriott Langkawi telah menerima pengiktirafan Seni Bina Terbaik Kategori Hotel sempena Asia Pacific Property Awards 2025 yang berlangsung di Marriott Marquis Queen’s Park, Bangkok, Thailand pada 15–16 Mei 2025.
 
Pengiktirafan berprestij ini bukan sahaja menjadi kebanggaan Koop Sahabat, malah turut mengangkat nama gerakan koperasi Malaysia ke peringkat antarabangsa. Ia membuktikan bahawa koperasi juga mampu merintis projek-projek pembangunan berkelas dunia.
 
Dibangunkan di atas tanah seluas 1.5 ekar di lokasi pelancongan ikonik Pantai Chenang, Langkawi, projek ini melibatkan nilai pembangunan sebanyak RM 210 juta, dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Januari 2028.
 
Hotel bertaraf antarabangsa ini bakal menawarkan sebanyak 280 bilik penginapan, lengkap dengan rekaan seni bina moden yang diserlahkan melalui sentuhan budaya tempatan yang eksklusif dan mewah.
 
Anugerah ini merupakan hasil daripada komitmen menyeluruh oleh Ahli Lembaga Koperasi, pasukan pengurusan serta para anggota, yang berjaya merealisasikan Prinsip Ketiga Koperasi: Penglibatan Ekonomi oleh Anggota. Semangat bergotong-royong serta pemerkasaan sumber bersama telah membawa jenama Koop Sahabat berdiri megah di persada dunia.
 
Hotel Fairfield by Marriott Langkawi dijangka menarik perhatian pelancong dari serata dunia yang ingin merasai pengalaman penginapan yang premium dan berbeza.
 
Di samping pembangunan hotel ini, Koop Sahabat juga aktif membangunkan Pusat Penjagaan Kesihatan, kediaman-kediaman yang selesa dan mampan serta bersedia untuk menjadi Perunding Pelaksana Projek untuk koperasi-koperasi diseluruh Malaysia dan lain-lain pihak yang berminat.
 

Loading

Kongsi Blog Ini:

Follow Us: