KARNIVAL SAHABAT USAHAWAN MADANI 2026

[KARNIVAL SAHABAT USAHAWAN MADANI 2026]
.
31 Julai 2026 – Telah berlangsung Karnival Sahabat Usahawan Madani 2026 yang menghimpunkan para usahawan dan komuniti Sahabat bertempat di Cycledios, Pantai Batu 1, Port Dickson.
.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, dan turut dihadiri oleh Anggota Lembaga Koperasi, Pn. Hartati binti Abd Jalil, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Koop Sahabat, Tn. Haji Mazri bin Mahmood, serta Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Korporat, Pn. Hajah Hayati binti Asmari, selain pengurusan dan warga kerja Koop Sahabat.
.
Lebih membanggakan, karnival ini turut mendapat sambutan hebat dengan kehadiran sekitar 3,000 orang Sahabat Usahawan yang bersama-sama memeriahkan dan menjayakan acara ini.
.
Di Booth Koop Sahabat, para pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai promosi menarik, tawaran eksklusif dan aktiviti istimewa, selain menerokai pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sahabat Ar Rahnu dan Sahabat Brand.
.
Turut diadakan taklimat perumahan Residensi Madani Serunai, Putrajaya sebagai salah satu inisiatif dalam memperkenalkan peluang dan kemudahan perumahan kepada komuniti Sahabat.
.
🤝 Karnival Sahabat Usahawan Madani 2026 menjadi platform penting dalam memperkukuh jaringan silaturahim, memperkasa komuniti usahawan serta membuka lebih banyak peluang untuk Sahabat terus berkembang dan maju bersama.
.

Loading

Share This Blog:

Follow Us: