LAWATAN STRATEGIK KE KOPERASI INSTITUT KOPERASI MALAYSIA BERHAD (KOIKMA)

30 Julai 2026 – Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad melalui Jabatan Pengurusan Strategik & Governan (JPSG) telah mengadakan lawatan strategik ke Koperasi Institut Koperasi Malaysia Berhad (KOIKMA) bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pembangunan perkhidmatan Sahabat Advisory.
.
Perbincangan memberi fokus kepada usaha melengkapkan dan membangunkan ekosistem khidmat nasihat profesional yang lebih fleksibel merangkumi tadbir urus korporat, perundangan, pematuhan syariah serta pengurusan risiko bagi memperkukuh pembangunan sektor koperasi.
.
Kehadiran Koop Sahabat disambut baik oleh En. Mohd Rasydi bin Abd. Rashid, Pengerusi KOIKMA, barisan Anggota Lembaga Koperasi dan pengurusan KOIKMA yang dihadiri oleh En. Mohd Suhairy bin Mat Sari, Ketua Pegawai Operasi, Puan Rahmah binti Sulaiman, Ketua Jabatan Pengurusan Strategik & Governan serta wakil daripada Jabatan Syariah (JS).
.
Semoga jalinan strategik ini menjadi pemangkin kepada pembangunan perkhidmatan konsultansi yang lebih inovatif di samping membuka peluang perkongsian kepakaran serta pemindahan ilmu kepada koperasi-koperasi lain dalam memperkukuh ekosistem gerakan koperasi di Malaysia.
.
 

Loading

Share This Blog:

Follow Us: