KS JELAPANG PADI RUN & PELANCARAN SAHABAT BRAND

[KS JELAPANG PADI RUN & PELANCARAN SAHABAT BRAND]
.
25 Julai 2026 – Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad telah menganjurkan KS Jelapang Padi Run 2026 serta Pelancaran Sahabat Brand yang berlangsung dengan penuh meriah di Pantai Murni, Yan, Kedah.
.
Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Leftenan Jeneral Datuk Ahmad Norihan bin Jalal (B).
.
Turut hadir, Pengarah Kanan (Pengurusan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia, En. Zahir bin Dahari; Puan Siti Hajar binti Ahmad, Anggota Lembaga Koperasi; Tuan Haji Fadilah bin Salim, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Wilayah Persekutuan; Encik Sahfri bin Zakaria, Pengurus Wilayah Amanah Ikhtiar Malaysia Kedah serta para Perwakilan Koop Sahabat.
.
Pelancaran Sahabat Brand merupakan satu inisiatif strategik Koop Sahabat dalam memperkasa dan memperluas pasaran produk usahawan anggota di bawah naungan Koop Sahabat melalui pendekatan penjenamaan, pengedaran dan pengurusan jualan yang lebih sistematik.
.
Dalam pada itu, KS Jelapang Padi Run 2026 berjaya menghimpunkan lebih 3,000 peserta berdaftar yang mengambil bahagian dalam 5 kategori larian. Kehadiran para peserta, anggota Sahabat serta komuniti setempat telah menambahkan lagi kemeriahan program, sekali gus menjadikan acara ini sebagai satu platform yang menyatukan masyarakat melalui aktiviti riadah dan gaya hidup sihat.
.
Program berjalan dengan lancar dan meriah hasil kerjasama serta sokongan daripada pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua penaja, rakan strategik, urus setia, sukarelawan serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan KS Jelapang Padi Run 2026.
.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada lebih 3,000 peserta yang telah mengambil bahagian dan memeriahkan acara ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan syabas kepada semua peserta yang telah memberikan semangat serta kesungguhan sepanjang larian!
.

Loading

Share This Blog:

Follow Us: